Saturday 11 January 2014

TOPIK 1 ~ SINTAKSIS : BIDANG KAJIAN

  • Struktur binaan ayat
  • Pembahagian subjek dan predikaT
  • Ayat dasar dan ayat terbitan
  • Susunan dalam ayat


SINTAKSIS : PENGENALAN

  1. Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
  2. Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa.
  3. Selain itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. 
  4. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat.
  5. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). 
  6. Hasil daripada binaan perkataan, frasa. klausa ialah satu ayat.


STRUKTUR BINAAN AYAT

  • Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi.
  • Dikenali sebagai unsur atau konstituen.
  • Ayat dapat dianalisis sebagai terdiri daripada unsur klausa, yang terkandung di dalamnya beberapa unsur frasa dan tidak hanya perkataan.
  • Frasa yang terdapat dalam sesuatu ayat itu mempunyai unsur-unsur tersendiri yang terdiri daripada unsur frasa yang lebih kecil dan setiap satu unsur frasa yang kecil itu mengandungi unsur perkataan.
  • Contoh ayat : Atikah terjatuh. (satu binaan yang mengandungi dua unsur iaitu Atikah dan terjatuh)


PEMBAHAGIAN SUBJEK DAN PREDIKAT


Subjek :
Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.

Predikat :
Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Contoh :
Subjek
Predikat
Amin
guru besar di sekolah itu.
Pegawai itu
amat cekap.

Subjek kepada sesuatu bentuk ayat ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan.

Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada frasa nama.


AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN

Ayat dasar :  
Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti, iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain.

Ayat terbitan : 
Ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi.

4 pola ayat dasar : 

               Subjek              Predikat
Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama (Ali guru.)
Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja    (Kakak sedang mandi.)
Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif (Fatin amat cantik.)
Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (Keretanya di bengkel.)


SUSUNAN DALAM AYAT

  • 2 jenis bentuk susunan ayat : bentuk susunan biasa dan bentuk susunan songsang.
  • Susunan biasa bermaksud binaan ayat yang mempertahankan pola ayat dasar iaitu unsur frasa subjek mendahului frasa predikat.
  • Contoh : Ali(subjek) + guru sementara di sekolah itu.(predikat)
  • Susunan songsang apabila susunan frasa subjek yang mendahului frasa predikat diubah sehingga predikat pula mendahului subjek.
  • Contoh : Guru sementara di sekolah itu(predikat) + Ali.(subjek)
Contoh ayat susunan biasa :
Subjek
Predikat
Ali
guru sementara di sekolah itu.

Contoh ayat susunan songsang :
Subjek
Predikat
Guru sementara di sekolah itu
guru sementara di sekolah itu.

*tatabahasa dewan edisi ketiga