Wednesday 8 January 2014

DEFINISI SINTAKSIS



Sintaksis merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Hal ini termasuklah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa berdasarkan kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membina sesuatu ayat.
*tatabahasa dewan edisi ketiga


Siti Hajar Abdul Aziz (2008)


Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat.


NIK SAFIAH KARIM

Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood memberikan pengertian ayat sebagai:

“Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa ayat perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.”


(Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1993 hal.414)

Berdasarkan pelbagai definisi ayat yang diberikan oleh sarjana dan ahli bahasa, kita dapat membuat kesimpulan bahawa ayat terdiri daripada susunan perkataan yang diucapkan dengan intonasi atau tatabahasa yang sempurna serta mempunyai makna. Ayat yang diucapakan dengan cara bermula dengan kesenyapan, dan berakhir dengan kesenyapan juga. Andainya satu-satu pengucapan itu diucapkan dengan intonasi atau lagu bahasa yang tidak sempurna, atau ayat itu tidak mempunyai makna yang sempurna, walaupun strukturnya panjang, tidaklah dapat kita namakannya sebagai ayat.