Monday 17 February 2014

TOPIK 8 ~ FRASA ADJEKTIF BAHASA MELAYU

  • SUSUNAN FRASA ADJEKTIF DALAM AYAT
  • FRASA ADJEKTIF DAN AYAT KOMPLEMEN


SUSUNAN FRASA ADJEKTIF DALAM AYAT

- Tiga jenis kedudukan frasa adjektif dalam ayat susunan biasa iaitu :
i) selepas subjek sebagai predikat
ii) selepas frasa kerja sebagai keterangan
iii) selepas frasa nama sebagai penerang

(i) Frasa Adjektif Sebagai Predikat



(ii) Frasa Adjektif Sebagai Keterangan 
- Frasa adjektif hadir selepas kata kerja iaitu menjadi keterangan.

* Kata adjektif dalam unsur keterangan iaitu pantas, nyenyak, segera, perlahan berfungsi sebagai kata adverba.

(ii) Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama 
- Frasa adjektif hadir dalam frasa nama iaitu sebagai penerang kepada kata nama.



UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA ADJEKTIF

- Unsur keterangan hadir sesudah kata adjektif. 


- Dari segi makna, keterangan bagi kata adjektif dibahagikan kepada beberapa golongan iaitu :

i) keterangan cara
Bunga mawar itu layu dengan cepatnya.
Papan itu patah dengan tiba-tiba.

ii) keterangan bandingan
Rumahnya besar bagai istana.
Beliau cantik ibarat puteri.

iii) keterangan hal atau keadaan
Rina berasa yakin dalam temu duga itu.
Pemuda itu gembira dengan kejayaan adiknya.

iv) keterangan tujuan
Kita harus tenang untuk menjawab soalan peperiksaan.
Dia harus pantas demi menamatkan perlumbaan itu.

v) keterangan kekerapan
Mak Cik Joyah jarang-jarang lewat.
Kakaknya sering gopoh.

vi) keterangan terhadap
Kita harus sayang akan ibu bapa.
Dia amat kecewa akan kawan baiknya.

vii) keterangan musabab
Murid-murid kecewa kerana mendapat markah yang rendah.
Fahmi dukacita kerana menerima berita buruk.

viii) keterangan waktu
Murid-murid bising ketika waktu perhimpunan.
Tina sudah kurus dalam masa lima bulan.

ix) keterangan tempat
Yong Jun lebam pada tangannya.
Preeta sakit di bahagian lututnya.


FRASA ADJEKTIF DENGAN AYAT KOMPLEMEN

- Frasa adjektif sebagai predikat diikuti oleh ayat komplemen dan menjadikan ayat yang terhasil merupakan ayat majmuk. 


* Kesimpulan : Frasa adjektif sebagai predikat merupakan satu binaan yang boleh terdiri daripada beberapa unsur.

*tatabahasa dewan edisi ketiga

Wednesday 12 February 2014

TOPIK 7 ~ FRASA ADJEKTIF BAHASA MELAYU

  • BINAAN FRASA ADJEKTIF : UNSUR PENGISI FRASA ADJEKTIF
  • PENGUAT
  • KATA BANTU DALAM FRASA ADJEKTIF


FRASA ADJEKTIF

# Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya dan kata intinya merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut.

# Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat dan sebagai unsur keterangan dalam predikat.

# Kata adjektif hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama.

# Contoh frasa adjektif sebagai predikat :

 Subjek (FN)              Predikat (FA)
Kakak Dania          sangat cantik.
Penyanyi itu           kacak sungguh.

# Contoh frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat :


Predikat
Subjek
Frasa Utama
Frasa Adjektif Sebagai Unsur Keterangan
Frasa Kerja
Lelaki itu
bercakap
lantang sekali.
Adik
berjalan
sangat laju.
Frasa Sendi Nama
Menteri itu
di Singapura
paling lama.
Pegawai itu
ke pusat latihan
amat kerap.

# Unsur frasa adjektif sebagai keterangan dapat hadir sebelum frasa kerja dan frasa sendi nama. Misalnya :


Menteri itu paling lama di Singapura.
Pengawai itu amat kerap ke pusat latihan.


BINAAN FRASA ADJEKTIF : UNSUR PENGISI FRASA ADJEKTIF

# Inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti terdiri daripada dua jenis, mengikut binaannya : binaan satu perkataan dan binaan dua perkataan.

Binaan Satu Perkataan

# Binaan yang terdiri daripada satu kata adjektif. Misalnya, rajin, tinggi, kosong, baik dan sebagainya. Kata adjektif juga terdiri daripada perkatan berimbuhan seperti sepandai, terbaik, setinggi dan sebagainya. Contoh ayat :
Muka atlet itu pucat.
Abangnya sangat pandai.
Ruang tamu rumah itu sungguh terang.
Ahmad tidak sepandai budak itu.
Pelumba basikal itu mencatat masa yang terbaik.


Binaan Dua Perkataan

# Terdiri daripada dua perkataan iaitu :
Kata Adjektif + Kata Adjektif
Kata Adjektif + Kata Nama

# Hasil cantuman dua perkataan tersebut membentuk konstituen baharu dengan makna baharu. 

Binaan kata adjektif + kata adjektif
# Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna. Contohnya riang gembira, penat lelah, cantik molek

# Dua kata adjekif yang maknanya berlawanan. Contohnya tua muda, pahit manis, miskin kaya

# Deretan dua kata adjektif dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima (keindahan bunyi). Contohnya lemah gemalai, gemuk gedempol, tinggi lampai

Binaan kata adjektif + kata nama
# Kata adjektif menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerangnya. Binaan kata adjektif jenis ini boleh terdiri daripada frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan dan frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. 

# Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan : manis buah, biru laut, hijau daun, muda remaja

# Frasaa adjektif yang membawa maksud kiasan : ringan tulang, panjang tangan, rabun ayam, banyak mulut


UNSUR PENGUAT DALAM FRASA ADJEKTIF

# Unsur penguat boleh hadir dalam frasa adjektif. Tiga jenis unsur penguat :
1) penguat hadapan
2) penguat belakang
3) penguat bebas

1) Penguat Hadapan : Perkataan terletak di hadapan kata adjektif. Contoh ayat :
Wanita itu sangat cantik.
Bangunan itu paling tinggi.

2) Penguat Belakang : Perkataan terletak di belakang kata adjektif. Contoh ayat :
Pemandangan pulau itu indah nian.
Pak Cik Nazrin tegas sekali

3) Penguat Bebas : Perkataan yang kedudukannya bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh ayat :
Pagi itu amat sejuk.
Pagi itu sejuk amat.
Beliau seorang yang sungguh baik.
Beliau seorang yang baik sungguh.

# Dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contoh ayat :
Kelakuannya sungguh amat sopan.
Kecederaan Ali terlalu amat parah.


KATA BANTU DALAM FRASA ADJEKTIF

# Frasa adjektif boleh disertai oleh kata bantu. Contoh ayat :

Anak saudara saya sudah besar.
Laila harus rajin.
Adiknya masih kecil.

# Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Contohnya, masih amat kecil, tentu sudah masak, belum sangat pandai. Contoh ayat :

Air yang dijerangnya tentu sudah masak.
Mak Cik Limah belum sangat pandai memandu kereta.
Adik sungguh masih letih kerana berlari.
Kamariah telah pandai bermain bola jaring.


*tatabahasa dewan edisi ketiga