- URUTAN KATA, PERPINDAHAN KATA
- RAGAM AYAT, JENIS AYAT
- SINTAKSIS DAN ASPEK TATABAHASA YANG LAIN
URUTAN KATA
> Setiap bahasa mempunyai
hukum atau rumus yang mendasari proses urutan perkataan atau kelompok perkataan
untuk membentuk ayat.
> Proses yang dikatakan
sebagai urutan kata ini tidak semuanya serupa daham setiap bahasa.
> Misalnya, urutan bahasa
Melayu yang mempunyai urutan kata :
subjek + kata kerja
+ objek (SKO)
Bahasa Melayu (SKO)
Contoh: Laila menyidai baju.
(subjek + kata kerja + objek)
PERPINDAHAN KATA
> Kedudukan sesuatu atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat.
> Misalnya, bahasa Latin yang mempunyai aturan kedudukan perkataan yang amat bebas. Walaupun masing-masing mempunyai urutan kata yang berbeza, ayat tersebut membawa pengertian yang sama.
> Contoh : "Paul melihat Mary"
1. Paulus Mariam vidit.
(Paul Mary lihat.)
2. Paulus vidit Mariam.
3. Vidit Paulus Mariam.
RAGAM AYAT
> Ayat aktif dan
pasif tergolong dalam huraian ragam ayat.
> Ayat aktif
mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai juduh, manakala
ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.
> Bagi bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris, hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif, umumnya,
melibatkan perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat
berkenaan.
> Contoh ayat aktif : Kamal menolak kotak itu.
(subjek) (objek)
> Contoh ayat pasif : Kotak itu ditolak oleh Ali.
(objek) (subjek)
JENIS AYAT
> Empat jenis ayat :
1) Ayat penyata :
- ayat keterangan/tujuan untuk melakukan suatu penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara.
Contoh ayat : Ibu saya seorang guru.
Nani belajar di universiti.
2) Ayat tanya :
- ayat untuk tujuan mengemukakan sesuatu pertanyaan.
Contoh ayat : Siapakah orang itu ?
Apakah nama tempat tersebut ?
3) Ayat perintah :
- ayat untuk tujuan memberikan arahan atau untuk tujuan menimbulkan suatu tindakan. Ayat perintah diucapkan dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan bergantung pada jenis perkataan(perintah) yang digunakan.
Contoh ayat : Siapkan kerja itu dengan segera. (suruhan)
Jangan bermain di sini. (larangan)
Sila baca soalan tersebut. (silaan)
Tolong ambil kertas itu. (permintaan)
4) Ayat seruan :
- ayat yang diucapkan secara bernada seru untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan, seperti marah, takut, geram, takjub dan sebagainya. Tulisan ayat seruan berakhir dengan tanda seru (!)
Contoh ayat : Amboi, garangnya!
Wah, cantiknya!
SINTAKSIS DAN ASPEK TATABAHASA YANG LAIN
> Terdapat ciri-ciri lain yang harus diberi perhatian dan pertimbangan dalam pembinaan ayat. Ciri-ciri lain yang dimaksudkan ini sering dinyatakan dalam bidang sintaksis
sebagai penanda tatabahasa.
> Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat
dalam pembinaan ayat termasuklah penanda kasus, kala, dan unsur keserasian.
> Dalam bahasa
Inggeris, misalnya, penanda kasus memainkan peranan penting bagi menentukan
kegramatisan sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu tidak terdapat penanda kasus, sebagaimana yang
berlaku pada bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Rusia, dan bahasa Turki.
> Penanda kala, iaitu
penanda atau perubahan yang terjadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan
kala atau waktu kejadian, sama ada akan, sedang, atau sudah berlaku. Bahasa
Inggeris dan bahasa Jerman merupakan contoh bahasa yang jelas menggunakan penanda
kala.
> Unsur keserasian
juga menjadi salah satu ciri penanda tatabahasa dalam pembentukan ayat
sesetengah bahasa. Dalam bahasa Inggeris, misalnya, unsur keserasian antara
kata nama subjek dengan kata kerja adalah penting, sebab tanpa mempertahankan keserasian,
ayat yang terbentuk tidak akan menjadi gramatis.
*tatabahasa dewan edisi ketiga
No comments:
Post a Comment