Monday, 3 February 2014

TOPIK 5 ~ FRASA KERJA BAHASA MELAYU

  • BINAAN FRASA KERJA
  • BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK
  • BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK


FRASA KERJA

~ Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja.    *tatabahasa dewan edisi ketiga 

~ Kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

~ Contoh : 
                   Emak sedang masak.
                   Dia makan nasi itu.
                   Hujan turun dengan lebatnya.


BINAAN FRASA KERJA

1)  Frasa kerja yang tidak mengandungi objek : kata kerja tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya, frasa kerja yang mengandungi kata kerja tak transitif.

Contoh ayat frasa kerja tanpa objek :
Adik sedang tidur.
Hujan turun dengan lebatnya.


2)  Frasa kerja yang mengandungi objek : kata kerja mesti disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerja, frasa kerja yang mengandungi kata kerja transitif.

Contoh ayat frasa kerja dengan objek :
Salmah membaca buku.
Ayah Fendi menjalankan tugasnya dengan baik.


BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK

~ Kata kerja tak transitif : tiga jenis

-kata kerja tak transitif yang tidak menerima unsur pelengkap

-kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap sesudahnya

-kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Contoh ayat :
i) Padi menguning.
ii) Adik Mizah menangis.

Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap
Contoh kata kerja tak transitif  : beransur, tinggal, ada, berbantalkan
- Kata adjektif sebagai pelengkap : Badan datuk menjadi lemah.
- Frasa sendi nama sebagai pelengkap : Amirul tinggal di Johor.
- Kata nama sebagai pelengkap : Orang tua itu berbajukan kertas.

Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai Penerang

Frasa Kerja
Subjek
Kata Kerja
Penerang
Kanak-kanak itu
bermain
bola.
Mereka
berniaga
keropok lekor.
Neneknya
bersawah
padi.
Nadira
berbaju
kurung.

BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK

~ Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya.

~ Ayat-ayat yang mengandungi frasa nama sebagai objek boleh dipasifkan menjadi ayat.

Contoh ayat :
a) Dia memakai cermin mata.
b) Cermin mata dipakai olehnya.

a) Ayah menanam pokok manggis.
b) Pokok manggis ditanam oleh ayah. 


* Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek boleh dibahagikan kepada dua jenis :
i) Frasa kerja yang mengandungi satu objek.
ii) Frasa kerja yang mengandungi dua objek.

FRASA KERJA DENGAN SATU OBJEK

Contoh ayat :
Pemuda itu membaca buku.
Ibu membeli jam tangan.
Mereka menaiki kereta.


FRASA KERJA DENGAN DUA OBJEK

~ Dua frasa nama menjadi objek kepada kata kerja.

~ Objek tepat menjadi penyambut secara lengsung kepada kata kerja manakala objek sipi tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja.

~ Contoh ayat :
Kakak menghadiahkai adik alat tulis.
Ibu memasakkan tetamu makanan.

~ Terdapat juga frasa kerja yang mengandungi satu objek yang hanya berfungsi sebagai penerang kepada objek dan tidak boleh dijadikan objek tepat dan objek sipi.

~ Contoh ayat :
Ayah menganggap budak itu sebagai anak angkat.
Salina menamai arnab itu sebagai Si Lincah.
Sultan menamai tempai itu Melaka.
Halimah menyangka orang itu kekasihnya.

~ Bentuk frasa kerja boleh mengandungi unsur-unsur lain di dalam binaan iaitu kata bantu dan unsur keterangan.

*tatabahasa dewan edisi ketiga