Sintaksis merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Hal ini termasuklah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa berdasarkan kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membina sesuatu ayat.
*tatabahasa dewan edisi ketiga
Siti Hajar Abdul Aziz (2008)
Sintaksis dapat
ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan
atau konstruksi ayat.
NIK SAFIAH KARIM
Dalam buku
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, Farid M. Onn,
Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood memberikan pengertian ayat sebagai:
“Ayat ialah unit
pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan
beberapa ayat perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.”
(Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1993 hal.414)
Berdasarkan
pelbagai definisi ayat yang diberikan oleh sarjana dan ahli bahasa, kita dapat
membuat kesimpulan bahawa ayat terdiri daripada susunan perkataan yang
diucapkan dengan intonasi atau tatabahasa yang sempurna serta mempunyai makna.
Ayat yang diucapakan dengan cara bermula dengan kesenyapan, dan berakhir dengan
kesenyapan juga. Andainya satu-satu pengucapan itu diucapkan dengan intonasi
atau lagu bahasa yang tidak sempurna, atau ayat itu tidak mempunyai makna yang
sempurna, walaupun strukturnya panjang, tidaklah dapat kita namakannya sebagai
ayat.