Monday, 27 January 2014

TOPIK 4 ~ SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA BAHASA MELAYU

  • PERATURAN D-M
  • KEKECUALIAN HUKUM D-M
  • BILANGAN DAN PANGGILAN



SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA

# Unsur yang hadir dahulu dan unsur yang hadir kemudian.


PERATURAN D-M (HUKUM D-M)

# Diterangkan (D) dan menerangkan (M).

# Unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan hadir pada kedudukan yang kedua.

Diterangkan (D)                               Menerangkan (M)
orang                                                 perempuan
guru                                                    bahasa
penulis                                                sajak


KEKECUALIAN HUKUM D-M

# Penerang mendahului unsur yang diterangkan, berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama nama-nama jawatan

# Contoh :

Diterangkan (D)                               Menerangkan (M)
naib                                                    presiden
perdana                                            menteri
timbalan                                            menteri


BILANGAN DAN PANGGILAN

# Unsur penerang daripada perkataan yang menunjukkan bilangan atau nama panggilan dan gelaran, penerang demikian boleh juga mendahului inti iaitu hadir di bahagian hadapan frasa nama.

# Contoh :
                   tiga orang calon  (bilangan)
                   Si Comel                  (nama panggilan dan gelaran)

*tatabahasa dewan edisi ketiga

Monday, 20 January 2014

TOPIK 3 ~ FRASA NAMA BAHASA MELAYU

  • KONSTITUEN FRASA NAMA
  • BINAAN FRASA NAMA


FRASA NAMA

- Frasa nama (FN) ialah binaan yang, dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konsituen dalam binaan ayat.

- Binaan ayat dasar terdiri daripada dua konstituen utama iaitu : subjek dan predikat.

- Unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat dasar :
    1) FN + FN
    2) FN + FK
    3) FN + FA
    4) FN + FS

- Frasa nama berfungsi sebagai subjek, frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam pola FN + FN. Contoh :

Subjek Frasa Nama
Predikat Frasa Nama
Ibu budak itu
kerani.
Muar
Bandar diraja.

- Frasa nama hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK).


Subjek
Predikat Frasa Kerja
Kata Kerja
Objek
Pemuda itu
menaiki
bas persiaran.
Kamariah
memanggil
saya.

- Frasa nama di bahagian unsur nama dalam frasa sendi nama, frasa sendi nama wujud sebagai unsur dalam predikat frasa sendi nama ataupun dalam frasa keterangan.

Subjek
Predikat Frasa Kerja
Sendi Nama
Frasa Nama
Kereta itu
ke
Kuala Lumpur.
Buku novel itu
daripada
Salina.


KONSTITUEN FRASA NAMA

- Konstituen atau unsur menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.

- Unsur inti boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelumnya dan sesudah frasa nama.

- Unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama.

- Contoh :
Senaman menyihatkan badan.
Merokok amalan yang tidak digalakkan.
Putih melambangkan kesucian.

- Unsur-unsur inti yang menjadi pengisi inti frasa nama adalah daripada golongan kata nama juga iaitu : 
kegiatan, aktiviti, tabiat, pekerjaan, kebiasaan, perbuatan, warna


BINAAN FRASA NAMA

- Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja
ataupun sederetan perkataan.

- Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan-perkataan itu.

- Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada perkataan yang menupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan atau perkataan-perkataan yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya.

- Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya.

- Inti : unsur penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna.

- Penerang : unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.



Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang
- Inti + penerang nama
- Inti + penerang bukan nama

Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Keturunan
pelajar
Malaysia


Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Jenis
buah
manggis


Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Penyambut
pemandu
bas


Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Kegunaan
minyak
pelincir


Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Kelamin
anak
lelaki


Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Tempat
pinggir
bandar


Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Arah
wilayah
timur


Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Anggota Badan
tali
leher


Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Tenaga Penggerak
kapal
layar


Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Perihal / Perkara
majlis
persaraan


Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Milik
harta
kerajaan


Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Khas
Negeri
Pahang

*kekecualian bentuk susunan inti + penerang nama, iaitu :
Frasa Nama
Penerang Nama
Panggilan Gelaran
Inti
Sang
Harimau
Tan Sri
Ahmad

- Inti + penerang bukan nama : 
penerang penentu, penerang kata kerja atau akar kata kerja, penerang kata adjektif, penerang kata adverba, penerang frasa sendi nama, penerang bilangan ordinal

- Contoh : 
                  lapan orang peserta (penentu hadapan)
                  pemenang itu (penentu belakang)
                  bilik tidur (penerang kata kerja)
                  kulit putih (penerang kata adjektif)
                  hari lusa (penerang kata adverba)
                  kiriman daripada kakak (penerang frasa sendi nama)
                  anak ketiga (penerang bilangan ordinal)


Binaan Frasa Nama : Inti + Inti
- Inti + inti dengan maksud sama erti
- Contoh : wang ringgit

- Inti + inti dengan maksud lawan erti
- Contoh : ibu bapa
*tatabahasa dewan edisi ketiga

Monday, 13 January 2014

TOPIK 2 ~ SINTAKSIS : BIDANG KAJIAN

  • URUTAN KATA, PERPINDAHAN KATA
  • RAGAM AYAT, JENIS AYAT
  • SINTAKSIS DAN ASPEK TATABAHASA YANG LAIN


URUTAN KATA


>  Setiap bahasa mempunyai hukum atau rumus yang mendasari proses urutan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.

>  Proses yang dikatakan sebagai urutan kata ini tidak semuanya serupa daham setiap bahasa.

>  Misalnya, urutan bahasa Melayu yang mempunyai urutan kata :

     subjek + kata kerja + objek (SKO)

Bahasa Melayu (SKO)
Contoh: Laila             menyidai          baju.
                (subjek   +   kata kerja   +   objek)


PERPINDAHAN KATA

>  Kedudukan sesuatu atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat.

>  Misalnya, bahasa Latin yang mempunyai aturan kedudukan perkataan yang amat bebas. Walaupun masing-masing mempunyai urutan kata yang berbeza, ayat tersebut membawa pengertian yang sama.

>  Contoh : "Paul melihat Mary"
1.  Paulus Mariam vidit.
     (Paul   Mary      lihat.)
2.  Paulus vidit Mariam.
3.  Vidit Paulus Mariam.


RAGAM AYAT

>  Ayat aktif dan pasif tergolong dalam huraian ragam ayat.

>  Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai juduh, manakala ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.

>  Bagi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif, umumnya, melibatkan perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan.

>  Contoh ayat aktif : Kamal        menolak kotak itu.
                                        (subjek)               (objek)

>  Contoh ayat pasif : Kotak itu ditolak oleh   Ali.
                                                  (objek)                   (subjek)



JENIS AYAT

>  Empat jenis ayat : 
1) Ayat penyata : 
-  ayat keterangan/tujuan untuk melakukan suatu penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara.
Contoh ayat : Ibu saya seorang guru.
                           Nani belajar di universiti.

2) Ayat tanya : 
-  ayat untuk tujuan mengemukakan sesuatu pertanyaan.
Contoh ayat : Siapakah orang itu ?
                           Apakah nama tempat tersebut ?

3) Ayat perintah : 
-  ayat untuk tujuan memberikan arahan atau untuk tujuan menimbulkan suatu tindakan. Ayat perintah diucapkan dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan bergantung pada jenis perkataan(perintah) yang digunakan.
Contoh ayat : Siapkan kerja itu dengan segera. (suruhan)
                           Jangan bermain di sini. (larangan)
                           Sila baca soalan tersebut. (silaan)
                           Tolong ambil kertas itu. (permintaan)

4) Ayat seruan : 
-  ayat yang diucapkan secara bernada seru untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan, seperti marah, takut, geram, takjub dan sebagainya. Tulisan ayat seruan berakhir dengan tanda seru (!)
Contoh ayat : Amboi, garangnya!
                           Wah, cantiknya!


SINTAKSIS DAN ASPEK TATABAHASA YANG LAIN

>  Terdapat ciri-ciri lain yang harus diberi perhatian dan pertimbangan dalam pembinaan ayat. Ciri-ciri lain yang dimaksudkan ini sering dinyatakan dalam bidang sintaksis sebagai penanda tatabahasa. 

>  Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat termasuklah penanda kasus, kala, dan unsur keserasian.

>  Dalam bahasa Inggeris, misalnya, penanda kasus memainkan peranan penting bagi menentukan kegramatisan sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu tidak terdapat penanda kasus, sebagaimana yang berlaku pada bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Rusia, dan bahasa Turki.

>  Penanda kala, iaitu penanda atau perubahan yang terjadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau waktu kejadian, sama ada akan, sedang, atau sudah berlaku. Bahasa Inggeris dan bahasa Jerman merupakan contoh bahasa yang jelas menggunakan penanda kala.

>  Unsur keserasian juga menjadi salah satu ciri penanda tatabahasa dalam pembentukan ayat sesetengah bahasa. Dalam bahasa Inggeris, misalnya, unsur keserasian antara kata nama subjek dengan kata kerja adalah penting, sebab tanpa mempertahankan keserasian, ayat yang terbentuk tidak akan menjadi gramatis.
*tatabahasa dewan edisi ketiga